Monday, September 26, 2011

Sesuatu yang anda tak perasan atau terfikir...




"Sesuatu yang anda tak perasan @ terfikir.."

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda
dan sanggup mati kerana anda..

2.Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dalam beberapa cara.

3.Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana
dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,
ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula,
mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang
untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,
mungkin anda tidak akan memperolehinya,
tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima.
Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda,
anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa
untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,
sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia.

"Walaupun punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga."



Saturday, September 24, 2011

Lelaki sejati...


** lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya menyatakan benar...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...
** lelaki sejati bukanlah dilihat bagaimana dia dihormati di tempat kerja,
tetapi bagaimana dia dihormati di rumah...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikapnya memahami persoalan...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada disebalik itu...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memujanya,
tetapi komitmentnya terhadap wanita yang dicintainya...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku hidup..
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dibacanya...


Rindu...


Kau telah pergi, pergi bersama doa ku...

Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

Dulu kita bertemu untuk berpisah... Kini kita berpisah untuk bertemu...


walau sudah 4 tahun berlalu.. segalanya masih terasa di hati...

masih berbekas di ingatan...

ramai yang berkata...

"patah tumbuh hilang berganti"

tapi sayangnya...

yang berganti dan yang tumbuh itu

tak sama seperti yang patah dan yang hilang...