Monday, September 26, 2011

Sesuatu yang anda tak perasan atau terfikir...




"Sesuatu yang anda tak perasan @ terfikir.."

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda
dan sanggup mati kerana anda..

2.Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dalam beberapa cara.

3.Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana
dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,
ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula,
mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang
untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,
mungkin anda tidak akan memperolehinya,
tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima.
Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda,
anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa
untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,
sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia.

"Walaupun punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga."



Saturday, September 24, 2011

Lelaki sejati...


** lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya menyatakan benar...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...
** lelaki sejati bukanlah dilihat bagaimana dia dihormati di tempat kerja,
tetapi bagaimana dia dihormati di rumah...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikapnya memahami persoalan...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada disebalik itu...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memujanya,
tetapi komitmentnya terhadap wanita yang dicintainya...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku hidup..
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dibacanya...


Rindu...


Kau telah pergi, pergi bersama doa ku...

Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

Dulu kita bertemu untuk berpisah... Kini kita berpisah untuk bertemu...


walau sudah 4 tahun berlalu.. segalanya masih terasa di hati...

masih berbekas di ingatan...

ramai yang berkata...

"patah tumbuh hilang berganti"

tapi sayangnya...

yang berganti dan yang tumbuh itu

tak sama seperti yang patah dan yang hilang...



Friday, August 26, 2011

Bibir Tersenyum, Hati Menangis...


jangan lagi bolak balik datang dan pergi dalam hidupku... walau masih sayang, tapi hati ini sedikit sebanyak terkilan dengan sikapmu... kala hati terusik, semuanya masih terpendam... kerana kenangan masa lalu daku seperti takut untuk menerima sesuatu yang baru dalam hidupku... daku tak hubungi bukan kerana tak sayang atau tak ingat... cuma kecewa dan terasa hati... daku tidak ingin menjadi selumbar di hatimu... daku tak sanggup untuk kecewa lagi... dan daku juga tak mahu diperkatakan seperti apa yang dikatakan olehmu... daku hanya insan biasa, punya rasa, hati dan perasaan...

suatu ketika dulu dikau mampu memahami diri ini...namun kenapa kini hanya pasangka yang bersarang di hati... kepercayaan buatku seperti kian pudar buatmu... daku sedar mungkin daku takkan pernah mampu jadi yang terbaik buatmu... tetapi daku telah mencuba melakukan yang terbaik untuk memahami dirimu... sayangnya diriku tak dianggap begitu... ego yang direndahkan terasa seperti diperlekehkan kini... jangan pernah mencabar egoku... kerana egoku setinggi langit... akan ku bina semula tembok ego dalam diri ini... namun, bila mana ego ini tercabar... berderai juga airmata ke pipi...

suatu ketika kita bertemu dengan cara yang baik... daku tak mahu bermusuh kerana apa yang telah terjadi... daku akan belajar menerima semuanya perlahan-lahan... andai dikau tahu, daku cukup serik dengan apa yang terjadi... tak mampu lagi ku bukakan hati ini walau untuk sesiapa pun kelak... biarlah apa yang terjadi menjadi pengajaran dan kenangan buatku menempuh kehidupan kelak... rahsia di hati tak siapa yang tahu...

buat yang terniat mengenali diri ini dengan lebih dekat... kemaafan ku pohon kerna hati ini seperti sudah mati... daku perlukan masa untuk mengubati luka yang tiada ubatnya... hanya masa yang akan mampu merawatnya... perkenalan itu indah, tapi perhubungan itu payah... hmmm... mungkin daku hanya layak bersendiri... bukan ku sekat niat hatimu... cuma sedar akan siapa diriku... daku pernah ditinggalkan suatu ketika dahulu... dan ditinggal pergi untuk kesekian kalinya... luka lama masih terasa... luka yang baru kian bernanah... bukan takut menghadapi realiti... cuma tak pasti dengan harapan dan janji...

p/s: orang lain tak perlu tahu apa yang daku rasa... kerna mereka tidak merasa... sesiapa pun tak akan mampu memahami diri ini kerana daku sangat pasti akan kekurangan diri... sedang belajar melupakan kenangan silam... agar tak tenggelam dalam masa yang suram... dan memberi peluang pada masa akan datang untuk diisi dengan kenangan yang baru... walau sepahit mana pun kenangan silam itu... daku tak akan pernah membuangnya... biarlah ia menjadi pengajaran untuk hari muka... cuma hati ini hanya mahu kesakitan dan kepedihan kenangan silam itu pudar bersama waktu... yang dicari hanyalah hati yang ikhlas menyayangi diri ini seadanya...

Perasankah Kamu??




andai mahu difahami...
belajarlah untuk memahami...
jika mahu dipercayai...
belajarlah mempercayai...

selalunya kita selalu mengharapkan orang memahami kita...
dan tanpa kita sedar, kita tidak pernah cuba untuk memahami orang lain...
dan kerana terlalu cuba untuk memahami dan menjaga hati orang lain...
diri sendiri yang terluka...

perasankah kamu???