Showing posts with label andai itu suratannya. Show all posts
Showing posts with label andai itu suratannya. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Sandiwara Cinta...



"Sandiwara Cinta"

aku tahu ini semua tak adil
aku tahu ini sudah terjadi
mau bilang apa aku pun tak sanggup
airmata pun tak lagi mau menitis

alasan yang sering kali ku dengar
alasan yang sering kali kau ucap
kau dengannya seakan ku tak tahu
sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku...

jujurlah sayang
aku tak mengapa
biar semua jelas tak berbeda
jika nanti aku yang harus pergi
ku terima walau sakit hati...

mungkin ini jalan yang engkau mahu
mungkin ini jalan yang kau inginkan
kau dengannya seakan ku tak tahu
sandiwara apa..
ceritanya apa...
aku tahu...

jujurlah sayang
aku tak mengapa
biar semua jelas tak berbeda
jika nanti aku yang harus pergi
ku terima walau sakit hati...

jujurlah sayang
aku tak mengapa
biar semua jelas tak berbeda
jika nanti aku yang harus pergi
ku terima walau sakit hati...
ku terima walau sakit hati...



Friday, August 16, 2013

Ion Deficiency Anaemia

" ION DEFICIENCY ANAEMIA"

Apa itu ION DEFICIENCY ANAEMIA?? Mesti ramai yang tak tahu kan?? Ion Deficiency Anaemia ni sejenis penyakit dimana tubuh badan seseorang itu kurg zat besi utk menghasilkan/membentuk sel darah merah baru dan menjurus kepada kurgnya plasma darah dalam badan atau lebih mudah, kurang darah merah. Penyakit ini dihidapi oleh ramai orang cuma golongan pesakit yang mengedari simptom awal penyakit ini tak ramai. 

Simptom-simptom awal penyakit ini:-
  • Muka pucat/lesu
  • Selalu sakit kepala/pening
  • Cepat letih/selalu mengantuk
  • Rambut gugur (kerap/banyak dari biasa)
  • Sakit Pinggang
  • Tekak loya/muntah (kadang kala)
  • Mudah lupa
  • Sakit dada/sesak nafas
simptom penyakit ini agak sama dengan "MIGRAIN" tetapi ada beberapa simptom yg berbeza. kadang-kadang simptom-simptom lain jarang dialami hingga pesakit menyangkakan ianya adalah simptom "MIGRAIN".

kekurangan darah merah mengakibatkan oksigen tidak dapat sampai ke seluruh organ dalam badan. keadaan ini akan menyebabkan tubuh badan pesakit mnejadi lemah, lesu dan selalu mengantuk. bila mana oksigen di otak tidak mencukupi, pesakit akan mula mengalami gangguan ingatan seperti mudah lupa dan lambat untuk mengingati sesuatu. oksigen yg tidak mnecukupi pada jantung akan menyebabkan pesakit sakit dada dan kadang kala sesak nafas.

ada sesetengah pesakit yg turut mengalami masalah kekurangan sel darah putih. kekurangan sel darah putih mungkin ada berkaitan dengan tulang sum-sum. sebaiknya pesakit merujuk dan dapatkan nasihat dari doktor jika berada di dalam situasi ini.

kekurangan zat besi dalam badan berpunca dari beberapa faktor:-
  • kurang pengambilan zat besi
  • kemampuan tubuh utk mengerap zat besi yg diambil oleh pesakit kurg
  • tempoh penghasilan sel darah baru yg lama (berlainan mangikut kemampuan tubuh seseorang)
  • tempoh haid yg lama dalam kuantiti yang byk

kesan dari penyakit ini:-
  • sekiranya pesakit mengalami kehilangan darah secara mendadak dalam kuantiti yg banyak (spt: kamalangan), boleh meragut nyawa pesakit.
  • bagi ibu mengandung, anak dalam kandungan mungkin akan mengalami kekurangan zat utk diserap

bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh diambil oleh pesakit, antaranya:-
  • memperbanyakkan pengambilan makanan yg mengandungi zat besi seperti daging merah, hati, kacang panjang/buncis, kobis, sayuran hijau dan lain-lain.
  • pengambilan vitamin atas arahan dan nasihat doktor
kesan dari rawatan bagi setiap pesakit adalah berbeza disebabkan reaksi tubuh badan pesakit yg berlainan. namun penyakit ini juga berkemungkinan untuk kekal sepanjang hayat.

penyakit ini dapat dikenal pasti atau dikesan melalui ujian darah. penyakit ini bukanlah penyakit kronik tapi mampu meragut nyawa.



"Tiada penyakit di dunia ini yang tiada penawar melainkan mati".

"Bila mana kita diduga dengan kesakitan/penyakit, dosa-dosa kecil kita akan terhapus. Wallahuallam".

Tuesday, May 22, 2012

Kehilangan...


permulaan 1 rejab dimulakan dgn berita yg begitu mengejutkan...kehilangan teman yg bru dikenali betul2 merentap tangkai hati...pemergiannya sgt2 mengejutkan...hingga tak mampu di terima oleh akal fikiran seketika...berita yg ku terima seawal 8 pg mengganggu lenaku...terbayang2 wajahnya di kotak fikiran...cra penerimaan berita mengejutkan itu sgt2 mirip ngn cra daku menerima berita kehilangan seseorg yg begitu istimewa buatku suatu ketika dahulu...apa yg terjadi seperti mengembalikan memori lama...luka lama berdarah kembali...teman, daku mendoakn dikau akn tenang di sana dan di tempatkn di kalangan org2 yg beriman...

khazril, lpas nie da xde org nk bbm org...nk ambil berat psal org lg da...org tau, mungkin kmu ada terasa hati ngn org sbb org x slalu bls bbm kmu...org xnk melukakan hati sesiapa...org harap kmu faham...org juga harap kamu sempat maafkan semua kesalahan org andai org ada mengguris hati kamu...org tau, mungkin org bkn kwn yg baik buat kamu...org hanya mampu mendoakn kamu dari jauh...org pasti akan merindui kamu...

aliff, org x mampu cri penganti kmu...bukan xde peluang yg org bagi...tapi hati org tiada ruang utk sesiapa...org ckp, klu ada jodoh xkn ke mana kn...hmmm...rasa mcm bru lg kmu pergi tinggalkn org seorg diri...kadang2, org x mampu tipu diri sendiri...kamu tetap tinggal dalam hati ini...salam syg buatmu di kejauhan..

mengapa bila ada yg ikhlas mengenaliku, dia ditakdirkan pergi dulu...ada satu persoalan yg sering berlegar2di ruang fikiran ini...mengapa daku sering diuji sebegini...kehilangan org2 yg aku syg...daku percaya segala apa yg terjadi adalah kehendakNya dan ada hikmah yg tersembunyi, suatu hari nnt daku akan menyedarinya jua...buat masa ini, cukuplah apa yg telah daku lalui...harap jgn ada lg yg mendekati...daku tak yakin dgn diri sndri..

duhai hati, bersabarlah...ajal maut jodoh pertemuan semua telah tertulis di Luhf Mahfuz...andai jodohku bukan di sini, jodohku mungkin di sana...daku tidak seindah bidadari, tak layak menjadi pendampingmu duhai temanku...buat insan yg telah lama pergi, daku sentiasa mendoakn mu dari kejauhan..hanya itu yg mampu daku lakukan sbgi tanda rindu dan kasihku...semoga dikau tenang disana...

Mohd Aliff bin Abdul Rahman, daku tak mampu mencari penggantimu...
Mohd Khazril bin Mohd Bahari, daku merinduimu...

salam syg dan rindu buat kalian berdua...daku pasti akan selalu merindui kalian...andai ada jodoh di kemudian hari pasti kita akan bersua lg...






Wednesday, November 9, 2011

Kini, Di Duga Lagi...


hmmm... org xtau da nk luah kt sape ape yg org rase skang nie... i'm really need a shoulder to cry on... nie jela satu tempat utk org meluahkan ape yg terpendam...

satu persatu apa/orang yg org syg pergi jauh dari hidup org... 4 thun lepas arwah pergi tanpa sebarang pesanan... sakitnya masih terasa... kasihnya masih bersisa... rindu buatnya tidak terkata... tiada siapa yg tahu... semuanya ku pendam jauh di sudut hati... senyum diukir melindung luka di dalam... beberapa bulan kemudian, dikejutkan dengan berita perpisahan org2 yg sgt daku syg... membawa haluan masing2... daku sendiri menemani ibuku.... atas permintaan ibuku, daku dipujuk utk mengikut ayhku, org yg sgt daku rapat sejak dari kecil ats sebab2 tertentu... daku hanya menurut... namun, indahnya tak lama... awal thun, daku dikejutkan lagi dgn berita pernikahan ibuku... terkilan sungguh rasa hati... tiada undangan yg diutus buat kami adik beradik.... kerana rajuk, kami adik beradik membawa diri mengikut ayh...

hari kian berganti, kini seorang demi seorang adik beradikku pergi mengikut ibuku... kini tinggal daku sendirian bersama ayhku... kesedihan yg di simpan di hati seorang ayh yg selama ini dipendam, akhirnya terluah... x mampu rasanya melihat kesayuan dan kesedihan di matanya.... mungkin daku bukan yg terbaik... tp daku nekad dan berjanji pada diri sendiri... walau ape pun yg terjadi, daku akan selalu ada buatmu ayh... insan yg sgt daku syg... meskipun daku perlu menggadaikan nywaku sendiri... mungkin satu hari nnt daku bakal di tinggalkan sendiri andai ayhku menemui pengganti ibuku... daku ikhlas dan redha terima dia seadanya demi melihat ayhku gembira dan ada yg sudi menemani serta menjaganya di hari kelak... bukan daku mahu lari dari tanggungjawab, cuma daku takut andai satu hari nnt daku terpaksa pergi jauh ats sebab kerjaya... abah, angh janji... angh akn selalu jaga abh... selalu ada dgn abah walau apa pun situasinya... angh syg abah sgt2... angh ada abah sorg je lagi...

kenapa daku diuji sebegini... satu persatu apa yg daku syg pergi... apakah mungkin ada kesalahan yg telah daku lakukan tanpa sedar??? daku sedar, Allah manguji hambanya dengan cara yg berbeza... daku diuji sebegini rupa... dan daku juga sedar, Allah menguji hambanya kerana dia syg akn hambanya dan rindu utk mendengar hambanya menangis dan mendekatinya ... Allah xkn uji hambanya dengan ujian yg tak mampu utk ditempuhi oleh hambanya... daku yakin, segala apa yg terjadi pasti ada hikmahnya... mungkin satu hari nnt hati kecil ini akan mengerti... kalau tidak masakan Allah menghadiahkan PELANGI selepas HUJAN...

**angh syg abah sgt2... angh x bole nk bayangkan andai stu hari nnt angh terpaksa kehilangan abh atau berjauhan semula dgn abah... mungkin angh bukan ank yg baik, tpi angh akan akn cuba yg terbaik utk membahagiakan abah...**


Sunday, October 23, 2011

Memori Terindah..


"mengalun suara sesuri bisikan hati...
seiringan mencari haluan berseni...
bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi...
tiada pun terduga pintunya terbuka...

di sini jua memori tercipta...
walau seketika terjalin kasih kita...
mungkin di sini kita kan terpisah..
kenangan bersama tiada ku lupa..."

hmmm... bila dengar lagu shila amzah-memori tercipta nie, sedih je rasa hati...teringat kt seseorang yg sudah lama hilang dari pandangan mata.... dengar lagu nie bila tgk cite love nora ptg td... sedih.. isteri dia meninggal sbb sakit... family isteri pulak x berape nk restu perkahwinan mereka sbb lelaki tu org italy... tapi isteri dia da buat perancangan teliti untuk suami dia bila dia da xde nanti... kawan baik dia yg byk tolong si isteri ni utk mengurangkan kekosongan dan kesedihan yg dirasai oleh si suami.. kawan baik si isteri sudah diminta berjanji utk membantu menjayakan rancangannya...

hmmm... genap setahun, si suami mula sedih bila dia tidak lagi dapat mengingati wajah si isteri tanpa melihat gambar dan x dpt mengingati suara si isteri... surat terakhir yg di terima oleh si suami melalui kwn baik isterinya telah menjawab apa yg dirasainya... "bila hati sudah tidak lagi sedih bila ada yg bercerita tentang org yg kita sayang yg telah jauh, itu berti yg kita sudah mula dapat menerima hakikat dan melepaskan org yg kita sayang... kekosongan hati juga akan semakin mengecil... bila anda berjumpa dengan seseorg yg mampu membuat anda tersenyum dan kembali ceria selepas org yg anda syg pergi, bukalah hati dan peluang untuknya..." hmmm... tapi cerita tak sama dgn realiti kn??? dlm cerita tu, setahun je si suami da dapat mengubat kesedihan dan kekosongan hatinya... tapi realitinya, walaupun dah 4 tahun dia pergi menghadap Ilahi... hati ni masih tak mampu dibukakan lg untuk sesiapa mengganti...

pernah juga terlintas, andai kisah hidup kita nie seperti cerita novel, mesti indah kn??? tp fantasi x seindah realiti... perlu selalu mengingat kn hati tiada apa yg kekal abadi di dunia ini kerana semuanya hanyalah pinjaman dan sementara... andai dapat di undur masa, ingin diulangi memori terindah bersamanya... namun, yg berlalu xkn berulang kn?? hmmm... tiada lagi kesedihan bila kenangan diungkit... namun, hati masih kosong dan beku untuk menerima yg lain... ape2 pun cte tu mmg sweet sbb byk mengajar bagaimana menerima hakikat dan meneruskan kehidupan....

p/s: jgn dilihat hanya apa yg tersurat, nilai lah jua dari apa yg tersirat...


Friday, August 26, 2011

Bibir Tersenyum, Hati Menangis...


jangan lagi bolak balik datang dan pergi dalam hidupku... walau masih sayang, tapi hati ini sedikit sebanyak terkilan dengan sikapmu... kala hati terusik, semuanya masih terpendam... kerana kenangan masa lalu daku seperti takut untuk menerima sesuatu yang baru dalam hidupku... daku tak hubungi bukan kerana tak sayang atau tak ingat... cuma kecewa dan terasa hati... daku tidak ingin menjadi selumbar di hatimu... daku tak sanggup untuk kecewa lagi... dan daku juga tak mahu diperkatakan seperti apa yang dikatakan olehmu... daku hanya insan biasa, punya rasa, hati dan perasaan...

suatu ketika dulu dikau mampu memahami diri ini...namun kenapa kini hanya pasangka yang bersarang di hati... kepercayaan buatku seperti kian pudar buatmu... daku sedar mungkin daku takkan pernah mampu jadi yang terbaik buatmu... tetapi daku telah mencuba melakukan yang terbaik untuk memahami dirimu... sayangnya diriku tak dianggap begitu... ego yang direndahkan terasa seperti diperlekehkan kini... jangan pernah mencabar egoku... kerana egoku setinggi langit... akan ku bina semula tembok ego dalam diri ini... namun, bila mana ego ini tercabar... berderai juga airmata ke pipi...

suatu ketika kita bertemu dengan cara yang baik... daku tak mahu bermusuh kerana apa yang telah terjadi... daku akan belajar menerima semuanya perlahan-lahan... andai dikau tahu, daku cukup serik dengan apa yang terjadi... tak mampu lagi ku bukakan hati ini walau untuk sesiapa pun kelak... biarlah apa yang terjadi menjadi pengajaran dan kenangan buatku menempuh kehidupan kelak... rahsia di hati tak siapa yang tahu...

buat yang terniat mengenali diri ini dengan lebih dekat... kemaafan ku pohon kerna hati ini seperti sudah mati... daku perlukan masa untuk mengubati luka yang tiada ubatnya... hanya masa yang akan mampu merawatnya... perkenalan itu indah, tapi perhubungan itu payah... hmmm... mungkin daku hanya layak bersendiri... bukan ku sekat niat hatimu... cuma sedar akan siapa diriku... daku pernah ditinggalkan suatu ketika dahulu... dan ditinggal pergi untuk kesekian kalinya... luka lama masih terasa... luka yang baru kian bernanah... bukan takut menghadapi realiti... cuma tak pasti dengan harapan dan janji...

p/s: orang lain tak perlu tahu apa yang daku rasa... kerna mereka tidak merasa... sesiapa pun tak akan mampu memahami diri ini kerana daku sangat pasti akan kekurangan diri... sedang belajar melupakan kenangan silam... agar tak tenggelam dalam masa yang suram... dan memberi peluang pada masa akan datang untuk diisi dengan kenangan yang baru... walau sepahit mana pun kenangan silam itu... daku tak akan pernah membuangnya... biarlah ia menjadi pengajaran untuk hari muka... cuma hati ini hanya mahu kesakitan dan kepedihan kenangan silam itu pudar bersama waktu... yang dicari hanyalah hati yang ikhlas menyayangi diri ini seadanya...

Monday, June 6, 2011

rasa hati...


terima kasih kerana pernah jadi yang terindah dalam hidupku...suatu ketika daku pernah kecewa...pernah terluka...ku pendam segalanya...diriku kini kian tersisih...harapan yang pernah ku garap hanya tinggal harapan...kadang kala terasa diri ini seperti baju terbuang...bila diperlukan dicari...selagi ada manfaat yang boleh diperolehi, dipakai...namun bila sudah lusuh dan tak lagi berharga, diberi pada yang lain...diri ini ibarat bola yng ditendang ke hulur ke hilir...sesekali hati tersentuh mengenang kenangan lalu...berderai airmata...meski ku cuba terima segala suratanNya...namun hati ini ada kalanya tidak mampu menipu diri sendiri...daku rindukan kenangan yang dulu...namun daku sedar, segalanya sudah berubah...tak akan sama seperti dulu lagi...

ku sangkakan kehadiranmu bakal merubah segalanya...namun, tanpa ku sedari daku membuat dirimu terluka...maaf andai daku tak mampu membahagiakanmu....mungkin daku tak layak walau untuk sesiapa sekalipun...daku bukan insan sempurna...banyak kekurangan dan cacat cela...daku sedar siapa diri ini...selalu tamak mahukan segalanya...di kala dirimu terluka...daku sedar kekuranganku...daku tak mampu menjadi yang terbaik buatmu...tak usah terlalu menjaga hati ini...kelak hatimu yg kian parah...jangan pernah hatimu terluka kerana diri ini...

maaf...daku tak mampu menjadi yang terindah buatmu...mungkin hadirku hanya mengundang beban buatmu...maaf dari hati...

wahai hati, tabahlah dikau menghadapi dugaan hidup ini...dikau perlu kuat,sekuat dulu...berdirilah di atas kaki sendiri...jangan biar yang lain nampak kelemahanmu...mereka tak perlu tahu apa yang kamu rasa...

maaf andai daku tak selalu memahamimu...daku bukanlah seorang yang mampu membaca apa yang ada di fikiranmu...terlalu banyak dikau berkorban untukku...tak mampu ku balas hingga ke hujung nyawa sekalipun...jangan pernah biar hatimu terluka...daku sedar...daku hanya insan biasa...maaf andai hatimu terluka...tiada apa yang mampu ku lakukan selain memohon kemaafan...terlalu banyak salah dan kekurangan diri ini...jangan pernah dikau menipu diri sendiri mengatakan dikau tidak pernah terasa hati denganku...walaupun daku tidak mengetahui apa tersirat di lubuk hatimu...daku tahu, sedikit sebanyak dikau terluka dan kecewa....

terima kasih kerna pernah jadi orang pertama yang meraikan ulang tahun kelahiranku...terima kasih kerna menjadi orang pertama yang memberi hadiah di hari ulang tahun kelahiranku...terima kasih kerna pernah sudi menerima diri ini...terima kasih kerna telah membahagiakanku...terima kasih kerna ada bersamaku di kala kesihatanku tidak begitu baik...terima kasih kerna menjagaku dengan sepenuh hati...terima kasih kerna banyak berkorban untukku...terima kasih buat segalanya...budimu ku kenang hingga hujung nyawa...pengorbananmu takkan pernah ku lupa....

maaf andai diri ini tak sempurna...maaf andai dirimu banyak terluka...maaf andai diri ini banyak meminta...maaf andai hatimu pernah terasa....maaf andai ada ketikanya tak mampu membahagiakanmu...maaf atas segalanya...

p/s buat diri sendiri:
andai diri tidak sebaik Zulaikha...jangan pernah mengharapkan kasih semulia Yusoff...

wahai hati...janganlah engkau terlalu lemah...kerna ia boleh menjatuhkanmu...tabahlah engkau seperti dahulu...kuatkanlah semangatmu...jangan mudah goyah dengan dugaan hidup...sesungguhnya Dia tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang tak mampu untuk ditempuhi oleh hambaNya...ingatlah selalu, setiap apa yang terjadi dalam hidupmu, ada hikmahnya yang tersendiri...mungkin dikau kadang kala mengeluh...tapi lambat laun dikau akan menyedari hikmah yang tersembunyi itu...kadang kala Dia tak beri apa yang kita mahu...tapi tanpa kita sedari Dia hadiahkan kita dengan apa yang kita perlu...

Sunday, June 5, 2011

andai itu suratannya...


mungkin daku sudah tidak sekuat dulu... tapi daku mengharapkan agar akan selalu kuat untuk menempuh dugaan hidup... tak mengapa lah andai selepas ini tiada lagi yang akan selalu berada di sampingku...berkongsi cerita dan suka duka...mungkin daku perlu belajar memendam seperti dulu...biarlah hati ini sahaja yang terluka...tapi jangan ada hati lain yang terluka kerana diri ini....maaf andai daku tak mampu jadi yang terbaik buatmu...daku hanya insan yang serba kekurangan....menumpang kasih orang....daku akan sentiasa menghargai pengorbananmu...tak akan ku lupa smp bila2...daku juga mendoakan agar dikau sentiasa bahagia tak kira walau dengan siapa pun...andai satu hari nanti akan berakhir kesempatan untukku bertemu denganmu,daku mengharapkan dikau sudi memaafkanku atas segala kesilapan dan kekurangan diri ini...

p/s buatmu: semoga kebahagiaan dan kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu...

Thursday, March 31, 2011

Dakukah yang bersalah???


salah akukah andai ada teman yang menyapa...??pernahkan tahu hatiku dulu pernah hampir hancur melihat insan lain memanggilmu sayang...dan kini hatiku hancur lagi...mungkin benar "daku tidak akan pernah layak walau untuk sesiapa pun"... semuanya kini yang terlihat di matamu adalah salahku...penahkah diri ini diberi kesempatan untuk memberi penjelasan...daku terima apa jua penjelasanmu walau hati ini terluka...memang daku tidak seperti orang lain yang pandai meluahkan rasa....mungkin daku hanya layak memendam segalanya...sampai ia berdarah dan bernanah...

dikau pernah ingin sekali mengetahui apa yang daku rasakan dan apa yang tersirat di hati ini...namun kesempatan itu seperti tidak wujud buatku...daku selalu di biarkan mati kata dan dipenuhi persoalan tanpa jawapan...andai daku boleh meluahkan segalanya...mungkin hati ini akan sedikit lega...namun kini masih akan terluahkan apa yang daku rasa..??? atau mungkin akan terus terpendam hingga ke hujung nyawa....

Wednesday, March 23, 2011

kala hati terusik...=(



"pelangi pastikan mucul selepas hujan"

kadang-kadang hati seperti sudah berhenti berharap... harapan itu seperti hanya tinggal harapan... pelangi mungkin kan muncul selepas hujan... tapi akan adakah kesempatan buatku untuk melihat dan menikmati keindahannya...

aku selalu terfikir...
"kadang kala harapan itu membunuh"
semakin sangsi dengan sesuatu yang tidak pasti... pernah terdetik di hati untuk berhenti berharap... tapi kenapa bahagia itu singgah untuk kesekian kali... lalu harapan kembali menganyam hari...

"bahagia...
jangan lagi datang dalam hidupku...
andai kebahagiaan itu bukan milikku...
kerna daku sudah tidak cukup kuat untuk menghadapi kekecewaan...
dan andainya kekecewaan, kesedihan dan kedukaan itu adalah yang terbaik buatku...
maka teruskanlah....

luaran mungkin diriku nampak keras dan tabah... ego yang menggunung... tapi daku juga masih punya rasa... pernah kecewa... adakala hati ini terusik jua... walau mungkin itu cuma gurauan... apa yang tersurat tak selalu mencerminkan yang tersirat...

"bibir tersenyum...
hati menangis"

Saturday, February 19, 2011

Cinta tak perlu dipaksa...



"cinta tak perlu dipaksa"
terngiang-ngiang lagu budak kacamata di telinga nie... hmmm...sedih nye...tuhan jela yang tahu apa yang dirasakan kini...bila apa yang cuba dikatakan tidak diendahkan...bila apa yang hendak diperjelaskan tidak kesampaian...dan bila kesempatan itu tidak pernah ada...apa guna apa yang hendak disampaikan andai telinga ditulikan...

pernah aku dikecewakan...namun hati terus dipujuk buat kesempatan kedua...mungkin takdir sudah tertulis yang daku tidak mampu membahagiakan orang-orang yang ku sayang...kalau tidak masakan aku ditinggalkan untuk kesekian kali...luka 3 tahun dahulu kadang-kadang masih terkesan di hati...dikau pergi tanpa pernah memberi daku kesempatan untuk bersua denganmu kembali....

kini, perkhabaran mengejut masih bersisa...dan bayang-bayang perpisahan seperti menghampiri...mungkin daku tidak layak membahagiakan sesiapa...andai kamu tak dapat memahami diri ini, apa guna harapan dan kepercayaan yang disandarkan...senyum terukir di bibir, namun rahsia di hati tak siapa yang tahu...

bila bibir tak lagi ringan berbicara...ramai yang tertanya...rasa seperti kembali ke masa silam...di mana semuanya ku pendam sendiri...dan mula menyendiri dan berdiam diri...andai kamu pernah kecewa, ingatlah orang lain juga mungkin pernah merasakan yang sama...andai mahu difahami, belajarlah untuk memahami....

Sunday, February 6, 2011

Hmmm....


pernahkan kamu merasa seperti dipermainkan?? apa perlunya peluang kedua jika hanya untuk disiakan... dan andai benarlah peluang kedua itu kamu mahukan hanya untuk membalas dendam...tahniah kerana kamu sudah berjaya... orang mungkin bukan insan terbaik buat kamu... tapi orang juga tak harap untuk dipermainkan dan diperlakukan sebegini... pergiku suatu ketika dulu diatas pemintaan kamu... namun kenapa seperti orang yang disalahkan diatas perpisahan itu... kadang2 orang terfikir kenapa orang tutup peluang buat orang2 yang ikhlas terhadap orang... tapi orang tunggu kasih yang belum pasti... memang benar kata orang bahawa "yang terindah hanyalah sementara"... apa guna sesuatu hubungan itu jika hanya sebelah pihak yang berusaha menjaga hati dan menjernihkan keadaan??? yang lebih menyedihkan bila apa yang cuba dikatakan dan disampaikan selalu di salah tafsir... dan apabila berlaku salah paham, selalu melarikan diri dan mengelak untuk mendengar penjelasan... setiap manusia tak lari dari melakukan kesalahan... namun, jika peluang untuk berubah itu tidak diberi atau diendahkan... sejarah mungkin berulang... orang tak minta untuk ditatang, tapi orang cuma mahu dihargai... tidak sepertinya keberadaan atau ketiadaan orang bagai tiada beza buat kamu... kalau kamu merasa orang sukar difahami... ini kerana orang terlalu mencuba untuk memahami kamu... tapi orang silap, dalam sesuatu perhubungan itu kita perlu saling menjaga dan memahami... mungkin ada silap yang orang masih tidak sedar... andai suatu ketika dulu kamu sedih dibiar sepi, itulah juga apa yang orang rasa... memang membisu itu seperti racun berbisa yang tiada penawar... tapi andai itulah yang kamu mahu... oang akan terus membisu dan berdiam diri... maaf menjadi igauan ngeri dalam hidup kamu... orang doakan agar kebahagiaan itu akan selalu ada buat kamu... kamu jangan risau k... orang tak akan ganggu hidup kamu lagi...


Friday, February 4, 2011

Pernahkah kau merasa???


"pernahkah kau merasa...
hatimu hampa...
pernahkah kau merasa...
hatimu kosong..."

terngiang-ngiang plak lagu nie kat pale otak. lepas dpt berkhabaran itu, mcm2 yg berada di fikiranku. hmmm.... walau apa pun alasan yg diberi, tawarnya x mampu untuk dipulihkan kembali. bila kita fikir perasaan org lain, org tu pernah x fikir perasaan kita. kalau hanya pihak di sini nak jaga hati org di sana, ada baiknya kami menjauhkan diri. kalau org tanya, hati nie da benar2 merajuk atas tindakan itu. perkhabaran itu seperti satu tamparan hebat. MALU agaknya nak undang kami. kami sedar, kami mungkin x mampu memberi kebahagiaan buatmu. kalau kamu sanggup melupakan org yg pernah suatu ketika dulu melukakan dan tidak menpercayai kamu, terpulanglah. andai satu ketika nanti diri ini melakukan yang sama, apa kamu rasa???
kalau dulu "jangan merenggang hubungan yang ada" selalu dikenang, sekarang rasanya seperti sudah di buang. kami bukan siapa2 lagi kan?? andai satu masa ada sesuatu perkara yang benar2 mustahak dan kami diperlukan di situ, baru hubungi kami yer. saat kamu bahagia, ingatlah ada hati yang terluka disini atas tindakan kamu itu...

semoga kamu bahagia selalu...