Monday, August 19, 2013

Penangan Lebaran...


hari nie da msuk 12 Syawal... da msuk minggu ke-dua kita menyambut lebaran... sebelum lebaran macam2 persiapan sudah dibuat... walaupun dah buat bajet utk lebaran, lepas lebaran pasti akan terasa juga kesannya.. poket semakin menipis, simpanan semakin susut... konon raya setahun sekali.. hahahaha... tapi jangan sampai menjerat diri sendiri.. mujur juga masih bujang, macam mane la org yg sudah berkeluarga ya?? mane lagi dengan persiapan anak2, isteri, kuih muih utk tetamu bertandang ke rumah, bajet utk balik kampung... isk3... tak terjangkau di fikiran... skang nie blk kampung share perbelanjaan perjalanan dgn mak ayah, masa akan dtg mcm mane pula ye??? 

tiba2 terfikir, berapa hari lagi ye nak gaji... hahaha... nampak tak permainan dia?? org yg da ada bajet nie pun terlintas pasal gaji utk back up duit yg da keluar, apatah lagi org yg tak buat perancangan kan... tahun2 mendatang kena lebih berhemah lagi berbelanja menyambut lebaran... bukannya budak2 nk beriya sgt kn... hehehe.. disebabkan poket yg da semakin menipis dan byk kedai makan yang tak buka lagi, moh lah kita berpuasa... kalau hujung minggu tu, rajin2 kan diri bertandang ke rumah sedara mara dan rakan taulan yang buat rumah terbuka tu... disamping makan di taja, kan boleh mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita... semoga org2 yang buat rumah terbuka tu dimurahkn rezeki mereka... AMINN...



Friday, August 16, 2013

Ion Deficiency Anaemia

" ION DEFICIENCY ANAEMIA"

Apa itu ION DEFICIENCY ANAEMIA?? Mesti ramai yang tak tahu kan?? Ion Deficiency Anaemia ni sejenis penyakit dimana tubuh badan seseorang itu kurg zat besi utk menghasilkan/membentuk sel darah merah baru dan menjurus kepada kurgnya plasma darah dalam badan atau lebih mudah, kurang darah merah. Penyakit ini dihidapi oleh ramai orang cuma golongan pesakit yang mengedari simptom awal penyakit ini tak ramai. 

Simptom-simptom awal penyakit ini:-
  • Muka pucat/lesu
  • Selalu sakit kepala/pening
  • Cepat letih/selalu mengantuk
  • Rambut gugur (kerap/banyak dari biasa)
  • Sakit Pinggang
  • Tekak loya/muntah (kadang kala)
  • Mudah lupa
  • Sakit dada/sesak nafas
simptom penyakit ini agak sama dengan "MIGRAIN" tetapi ada beberapa simptom yg berbeza. kadang-kadang simptom-simptom lain jarang dialami hingga pesakit menyangkakan ianya adalah simptom "MIGRAIN".

kekurangan darah merah mengakibatkan oksigen tidak dapat sampai ke seluruh organ dalam badan. keadaan ini akan menyebabkan tubuh badan pesakit mnejadi lemah, lesu dan selalu mengantuk. bila mana oksigen di otak tidak mencukupi, pesakit akan mula mengalami gangguan ingatan seperti mudah lupa dan lambat untuk mengingati sesuatu. oksigen yg tidak mnecukupi pada jantung akan menyebabkan pesakit sakit dada dan kadang kala sesak nafas.

ada sesetengah pesakit yg turut mengalami masalah kekurangan sel darah putih. kekurangan sel darah putih mungkin ada berkaitan dengan tulang sum-sum. sebaiknya pesakit merujuk dan dapatkan nasihat dari doktor jika berada di dalam situasi ini.

kekurangan zat besi dalam badan berpunca dari beberapa faktor:-
  • kurang pengambilan zat besi
  • kemampuan tubuh utk mengerap zat besi yg diambil oleh pesakit kurg
  • tempoh penghasilan sel darah baru yg lama (berlainan mangikut kemampuan tubuh seseorang)
  • tempoh haid yg lama dalam kuantiti yang byk

kesan dari penyakit ini:-
  • sekiranya pesakit mengalami kehilangan darah secara mendadak dalam kuantiti yg banyak (spt: kamalangan), boleh meragut nyawa pesakit.
  • bagi ibu mengandung, anak dalam kandungan mungkin akan mengalami kekurangan zat utk diserap

bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh diambil oleh pesakit, antaranya:-
  • memperbanyakkan pengambilan makanan yg mengandungi zat besi seperti daging merah, hati, kacang panjang/buncis, kobis, sayuran hijau dan lain-lain.
  • pengambilan vitamin atas arahan dan nasihat doktor
kesan dari rawatan bagi setiap pesakit adalah berbeza disebabkan reaksi tubuh badan pesakit yg berlainan. namun penyakit ini juga berkemungkinan untuk kekal sepanjang hayat.

penyakit ini dapat dikenal pasti atau dikesan melalui ujian darah. penyakit ini bukanlah penyakit kronik tapi mampu meragut nyawa.



"Tiada penyakit di dunia ini yang tiada penawar melainkan mati".

"Bila mana kita diduga dengan kesakitan/penyakit, dosa-dosa kecil kita akan terhapus. Wallahuallam".

Saturday, August 10, 2013

Lebaran Kali Ini...

Lebaran ke-7 tanpa kamu.. mungkin bagi org yg mendengar peristiwa itu telah lama berlalu, namun bagi diri ini terasa bg bru semalam segalanya terjadi.. mendengarkn takbir raya, hati terasa pilu.. terasa kurang sesuatu... kerinduan ini masih tebal di hati... pergimu tiada ganti.. 

duhai insan yang dekat di hati,
moga dikau sentiasa tenang di sana.. kenangan kita tak pernah padam dari minda... dikau masih tetap di tinggal di hati ini... meski pun segalanya kini telah berubah, rahsia di hati tiada siapa yg tahu... kerinduan ini kadang kala menjerat diri sendiri.. namun, daku harus menerima realiti bila mana dikau tidak lagi berada di sisi... biar segalanya ku simpan sendiri...

Sunday, July 21, 2013

12 Ramadhan...

12 Ramadhan...

suatu tarikh yang sangat meninggalkan kesan di hati.. hari ini, genaplah 6 tahun pemergianmu berdasarkn tahun islam... suatu tempoh yang mungkin lama, tapi kesannya masih terasa... semoga dikau tenang dan aman di sana...

Al-Fatihah

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Datang Lagi...

semoga Ramadhan kali ini akan lebih bererti... walaupun ada kurg dari satu sisi, namun setiap lembaran baru ada hikmah dan nikmatnya yang tersendiri... dikesemapatan ini, saya ingin mengucap selamat menyambut kehadiran Ramadhan al-Mubarak utk semua.. Semoga kita semua memperolehi manfaat darinya...