Saturday, February 19, 2011

Cinta tak perlu dipaksa...



"cinta tak perlu dipaksa"
terngiang-ngiang lagu budak kacamata di telinga nie... hmmm...sedih nye...tuhan jela yang tahu apa yang dirasakan kini...bila apa yang cuba dikatakan tidak diendahkan...bila apa yang hendak diperjelaskan tidak kesampaian...dan bila kesempatan itu tidak pernah ada...apa guna apa yang hendak disampaikan andai telinga ditulikan...

pernah aku dikecewakan...namun hati terus dipujuk buat kesempatan kedua...mungkin takdir sudah tertulis yang daku tidak mampu membahagiakan orang-orang yang ku sayang...kalau tidak masakan aku ditinggalkan untuk kesekian kali...luka 3 tahun dahulu kadang-kadang masih terkesan di hati...dikau pergi tanpa pernah memberi daku kesempatan untuk bersua denganmu kembali....

kini, perkhabaran mengejut masih bersisa...dan bayang-bayang perpisahan seperti menghampiri...mungkin daku tidak layak membahagiakan sesiapa...andai kamu tak dapat memahami diri ini, apa guna harapan dan kepercayaan yang disandarkan...senyum terukir di bibir, namun rahsia di hati tak siapa yang tahu...

bila bibir tak lagi ringan berbicara...ramai yang tertanya...rasa seperti kembali ke masa silam...di mana semuanya ku pendam sendiri...dan mula menyendiri dan berdiam diri...andai kamu pernah kecewa, ingatlah orang lain juga mungkin pernah merasakan yang sama...andai mahu difahami, belajarlah untuk memahami....

Sunday, February 6, 2011

Hmmm....


pernahkan kamu merasa seperti dipermainkan?? apa perlunya peluang kedua jika hanya untuk disiakan... dan andai benarlah peluang kedua itu kamu mahukan hanya untuk membalas dendam...tahniah kerana kamu sudah berjaya... orang mungkin bukan insan terbaik buat kamu... tapi orang juga tak harap untuk dipermainkan dan diperlakukan sebegini... pergiku suatu ketika dulu diatas pemintaan kamu... namun kenapa seperti orang yang disalahkan diatas perpisahan itu... kadang2 orang terfikir kenapa orang tutup peluang buat orang2 yang ikhlas terhadap orang... tapi orang tunggu kasih yang belum pasti... memang benar kata orang bahawa "yang terindah hanyalah sementara"... apa guna sesuatu hubungan itu jika hanya sebelah pihak yang berusaha menjaga hati dan menjernihkan keadaan??? yang lebih menyedihkan bila apa yang cuba dikatakan dan disampaikan selalu di salah tafsir... dan apabila berlaku salah paham, selalu melarikan diri dan mengelak untuk mendengar penjelasan... setiap manusia tak lari dari melakukan kesalahan... namun, jika peluang untuk berubah itu tidak diberi atau diendahkan... sejarah mungkin berulang... orang tak minta untuk ditatang, tapi orang cuma mahu dihargai... tidak sepertinya keberadaan atau ketiadaan orang bagai tiada beza buat kamu... kalau kamu merasa orang sukar difahami... ini kerana orang terlalu mencuba untuk memahami kamu... tapi orang silap, dalam sesuatu perhubungan itu kita perlu saling menjaga dan memahami... mungkin ada silap yang orang masih tidak sedar... andai suatu ketika dulu kamu sedih dibiar sepi, itulah juga apa yang orang rasa... memang membisu itu seperti racun berbisa yang tiada penawar... tapi andai itulah yang kamu mahu... oang akan terus membisu dan berdiam diri... maaf menjadi igauan ngeri dalam hidup kamu... orang doakan agar kebahagiaan itu akan selalu ada buat kamu... kamu jangan risau k... orang tak akan ganggu hidup kamu lagi...


Friday, February 4, 2011

Pernahkah kau merasa???


"pernahkah kau merasa...
hatimu hampa...
pernahkah kau merasa...
hatimu kosong..."

terngiang-ngiang plak lagu nie kat pale otak. lepas dpt berkhabaran itu, mcm2 yg berada di fikiranku. hmmm.... walau apa pun alasan yg diberi, tawarnya x mampu untuk dipulihkan kembali. bila kita fikir perasaan org lain, org tu pernah x fikir perasaan kita. kalau hanya pihak di sini nak jaga hati org di sana, ada baiknya kami menjauhkan diri. kalau org tanya, hati nie da benar2 merajuk atas tindakan itu. perkhabaran itu seperti satu tamparan hebat. MALU agaknya nak undang kami. kami sedar, kami mungkin x mampu memberi kebahagiaan buatmu. kalau kamu sanggup melupakan org yg pernah suatu ketika dulu melukakan dan tidak menpercayai kamu, terpulanglah. andai satu ketika nanti diri ini melakukan yang sama, apa kamu rasa???
kalau dulu "jangan merenggang hubungan yang ada" selalu dikenang, sekarang rasanya seperti sudah di buang. kami bukan siapa2 lagi kan?? andai satu masa ada sesuatu perkara yang benar2 mustahak dan kami diperlukan di situ, baru hubungi kami yer. saat kamu bahagia, ingatlah ada hati yang terluka disini atas tindakan kamu itu...

semoga kamu bahagia selalu...