Sunday, October 23, 2011

Memori Terindah..


"mengalun suara sesuri bisikan hati...
seiringan mencari haluan berseni...
bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi...
tiada pun terduga pintunya terbuka...

di sini jua memori tercipta...
walau seketika terjalin kasih kita...
mungkin di sini kita kan terpisah..
kenangan bersama tiada ku lupa..."

hmmm... bila dengar lagu shila amzah-memori tercipta nie, sedih je rasa hati...teringat kt seseorang yg sudah lama hilang dari pandangan mata.... dengar lagu nie bila tgk cite love nora ptg td... sedih.. isteri dia meninggal sbb sakit... family isteri pulak x berape nk restu perkahwinan mereka sbb lelaki tu org italy... tapi isteri dia da buat perancangan teliti untuk suami dia bila dia da xde nanti... kawan baik dia yg byk tolong si isteri ni utk mengurangkan kekosongan dan kesedihan yg dirasai oleh si suami.. kawan baik si isteri sudah diminta berjanji utk membantu menjayakan rancangannya...

hmmm... genap setahun, si suami mula sedih bila dia tidak lagi dapat mengingati wajah si isteri tanpa melihat gambar dan x dpt mengingati suara si isteri... surat terakhir yg di terima oleh si suami melalui kwn baik isterinya telah menjawab apa yg dirasainya... "bila hati sudah tidak lagi sedih bila ada yg bercerita tentang org yg kita sayang yg telah jauh, itu berti yg kita sudah mula dapat menerima hakikat dan melepaskan org yg kita sayang... kekosongan hati juga akan semakin mengecil... bila anda berjumpa dengan seseorg yg mampu membuat anda tersenyum dan kembali ceria selepas org yg anda syg pergi, bukalah hati dan peluang untuknya..." hmmm... tapi cerita tak sama dgn realiti kn??? dlm cerita tu, setahun je si suami da dapat mengubat kesedihan dan kekosongan hatinya... tapi realitinya, walaupun dah 4 tahun dia pergi menghadap Ilahi... hati ni masih tak mampu dibukakan lg untuk sesiapa mengganti...

pernah juga terlintas, andai kisah hidup kita nie seperti cerita novel, mesti indah kn??? tp fantasi x seindah realiti... perlu selalu mengingat kn hati tiada apa yg kekal abadi di dunia ini kerana semuanya hanyalah pinjaman dan sementara... andai dapat di undur masa, ingin diulangi memori terindah bersamanya... namun, yg berlalu xkn berulang kn?? hmmm... tiada lagi kesedihan bila kenangan diungkit... namun, hati masih kosong dan beku untuk menerima yg lain... ape2 pun cte tu mmg sweet sbb byk mengajar bagaimana menerima hakikat dan meneruskan kehidupan....

p/s: jgn dilihat hanya apa yg tersurat, nilai lah jua dari apa yg tersirat...


No comments:

Post a Comment