Sunday, October 23, 2011

Memori Terindah..


"mengalun suara sesuri bisikan hati...
seiringan mencari haluan berseni...
bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi...
tiada pun terduga pintunya terbuka...

di sini jua memori tercipta...
walau seketika terjalin kasih kita...
mungkin di sini kita kan terpisah..
kenangan bersama tiada ku lupa..."

hmmm... bila dengar lagu shila amzah-memori tercipta nie, sedih je rasa hati...teringat kt seseorang yg sudah lama hilang dari pandangan mata.... dengar lagu nie bila tgk cite love nora ptg td... sedih.. isteri dia meninggal sbb sakit... family isteri pulak x berape nk restu perkahwinan mereka sbb lelaki tu org italy... tapi isteri dia da buat perancangan teliti untuk suami dia bila dia da xde nanti... kawan baik dia yg byk tolong si isteri ni utk mengurangkan kekosongan dan kesedihan yg dirasai oleh si suami.. kawan baik si isteri sudah diminta berjanji utk membantu menjayakan rancangannya...

hmmm... genap setahun, si suami mula sedih bila dia tidak lagi dapat mengingati wajah si isteri tanpa melihat gambar dan x dpt mengingati suara si isteri... surat terakhir yg di terima oleh si suami melalui kwn baik isterinya telah menjawab apa yg dirasainya... "bila hati sudah tidak lagi sedih bila ada yg bercerita tentang org yg kita sayang yg telah jauh, itu berti yg kita sudah mula dapat menerima hakikat dan melepaskan org yg kita sayang... kekosongan hati juga akan semakin mengecil... bila anda berjumpa dengan seseorg yg mampu membuat anda tersenyum dan kembali ceria selepas org yg anda syg pergi, bukalah hati dan peluang untuknya..." hmmm... tapi cerita tak sama dgn realiti kn??? dlm cerita tu, setahun je si suami da dapat mengubat kesedihan dan kekosongan hatinya... tapi realitinya, walaupun dah 4 tahun dia pergi menghadap Ilahi... hati ni masih tak mampu dibukakan lg untuk sesiapa mengganti...

pernah juga terlintas, andai kisah hidup kita nie seperti cerita novel, mesti indah kn??? tp fantasi x seindah realiti... perlu selalu mengingat kn hati tiada apa yg kekal abadi di dunia ini kerana semuanya hanyalah pinjaman dan sementara... andai dapat di undur masa, ingin diulangi memori terindah bersamanya... namun, yg berlalu xkn berulang kn?? hmmm... tiada lagi kesedihan bila kenangan diungkit... namun, hati masih kosong dan beku untuk menerima yg lain... ape2 pun cte tu mmg sweet sbb byk mengajar bagaimana menerima hakikat dan meneruskan kehidupan....

p/s: jgn dilihat hanya apa yg tersurat, nilai lah jua dari apa yg tersirat...


Friday, October 21, 2011

Sesekali Terlintas....


kadang2 terlintas kat fikiran nie ape yg kwn2 slalu ckp...slah stu nye, "impian dan tanggungjawab itu berbeza, da tau ape tu impian??? terfikir benda nie kdg2...hmmm...skang daku da mula mengerti apa yg di maksudkan dgn impian...dan daku juga telah mengasingkan antara tanggungjawab dan impian...salah satu impian yg da lama terpendam di hati...nk miliki sebuah rumah sendiri satu hari nnt...InsyaAllah, satu hari nnt akn diwujudkan apa yg dimahu...kata org kehendak kita nie sama perumpamaannya dgn duit syiling di dalam kantung..."semakin lama semakin byk, dan bila semakin byk semakin berat la ia." unik kan???

smpi je uma ptg td saje je menggatal nk online...huhu...tibe2 teringat sesuatu bile tgk satu video nie...bkn la nk ckp video lagu tu pemberian dr seseorg...jauh panggang dari api...huhu...cuma teringat ada someone ada bg satu lagu ari tu... dia suruh dgr, siap tolong pasangkan lg...tp wktu tu bz, mane la dan nk dgr sgt...tajuk lagu tau, tapi x bape nk sure ape tajuknye...cri punye cari jumpa la jgak lagu yg di mksudkan...tp sygnya bila da dgr, x pham apa mksud dia bg lagu tu...huhu...ape motif ye??? huhu.... bkn la x pham lagu tu punye lirik... tp motif dia bg lagu tu sbb ape...hmmmm...apa yg cuba disampaikan....maaf dari hati...org mmg xtau ape mksud kamu bg lagu tu...ckp direct xle ke?? ada kwn org ckp, org nie adakalanya lurus sgt...huhu...adakalanya ke???

tapi bila ckp pasal ckp terus terang nie...teringt jugak dulu bila ada kwn ada ckp something... org dgn selambanya boleh ckp, "ko nie demam ke??" terus dia senyap... ngee~~ org x bermaksud pun nk buat kamu cmtu... cuma terkejut je wktu tu...ayt tu pun kluar spontan je... maaf ye... org tau mesti kamu malu sbb ada org lain dgr org ckp kt kamu cmtu... susah jugak kn....hmmm...

ape2 pun, bila terlintas something kt kepala kita tentang sesuatu yg suatu ketika dulu kita tak amik kesah pun... mula terfikir...huhu...mcm2 hal...da xde benda lain nk pkir kot...ngee~ think positive...lalala~ da xtau nk tulis ape...hehehe... tadi cume terlintas nk tulis psal ape yg terlintas kt kepala nie...hehehe...


Thursday, October 20, 2011

Saje2...Suke2...ngee~


da lama rasanye x updated blog nie...huhu...xtau nk cite ape...pendam adakalanya ada baiknya jugak...huhu...bila da lama x mencoret nie xde idea la plak nk tulis ape...hmmm....

dalam hidup setiap orang, xkn penah dpt lari dari masalah kan?? cuma cara kita diuji tu yang berbeza... kadang2 org tgk kita senyum dan ketawa, tp mereka xtau ape sebenarnya yg tersirat di hati kita... hmmmm... sebenarnya cuma nk luah rasa rindu buat sorang insan yang da takkan penah ada kesempatan untuk saya bertemu dengannya lagi.. genap 4 tahun pemergiannya, hati ni terlalu sedih dan sayu... menitis juga airmata kerinduaan yang selama ini dipendam.... tapi kesedihan kai ini seperti ketika pemergiannya dulu... tak dapat nk digambarkan... mungkinkah ada lagi kesempatan bertemunya walaupun cuma di dalam mimpi???

wajahnya tak pernah sekalipun dilupakan... tempat nya di hati xkn penah dapat diganti... pernah peluang di beri pada yg sudi mengenali diri ini... tapi mungkin diri ini yg tak memahami... saya sedar saya bukan insan sempurna... saya mahu menjadi diri sendiri... berkawan seperti biasa dgn kwn2... bergurau dan sedar batasan seorg teman... namun bila mana diri mula akur dengan permintaannya yg seperti mahu merubah diri ini menjadi seperti yg dimahukannya... terdetik juga di hati, ikhlaskah dia menerima diri ini??? namun ada kata2nya yang cukup melukakan diri ini sehingga tawar segala apa yg pernah di semai suatu ketika dulu... apabila kasih yg sedang mekar tidak dibajai, maka layu dan hilanglah seri nya... daku lebih rela sendiri dalam meniti hari... cukuplah apa yang dialami selama ini... daku benar2 serik dgn percintaan... daku sudah tidak mahu mendengar segala harapan... biar masa yg menentukan... kerna hanya masa yg bisa merawat segalanya...

bukan niat hati menjauhkan diri... cuma kadang kala bila sendiri, kita mengerti apa yg kita perlukan... ruang dan masa itu perlu bila kita sedang marah dan keliru... marahku kian reda, namun lukanya masih ada, sakitnya masih terasa, mungkin juga penawarnya belum ku jumpa....

sekarang daku sedar, biarpun kita sendiri, kita masih ada keluarga yg akn selalu dekat dgn kita.... walaupun kisah kita tak sama...

satu hari nanti daku merancang utk pergi berhijrah ke suatu tempat... tak di sangka2 ayh ku juga ada terniat begitu... andai rezeki ku bukan di sini suatu hari nnt, xkn penah ku tolak peluang yg dtg... hmmm... bunyi mcm merajuk je kn??? hahaha... ntah la... terasa hati tu ada la skit2...ngee~ kita xtau kn apa akn jd di masa akan dtg >> kwn saya yg ajr...huhu...

skang nie da mula merangka2 apa yg akan dibuat selepas fokus utama nie selesai... hmmm... harapnya dimudahkan la segala apa yg dirancang... InsyaAllah... apa rancangnya??? xle la nk cite kt sini... segan... huhu... masih dlm peringkat perancangan lg...


Monday, September 26, 2011

Sesuatu yang anda tak perasan atau terfikir...




"Sesuatu yang anda tak perasan @ terfikir.."

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda
dan sanggup mati kerana anda..

2.Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dalam beberapa cara.

3.Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana
dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,
ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula,
mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang
untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,
mungkin anda tidak akan memperolehinya,
tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima.
Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda,
anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa
untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,
sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia.

"Walaupun punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga."



Saturday, September 24, 2011

Lelaki sejati...


** lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya menyatakan benar...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...
** lelaki sejati bukanlah dilihat bagaimana dia dihormati di tempat kerja,
tetapi bagaimana dia dihormati di rumah...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikapnya memahami persoalan...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada disebalik itu...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memujanya,
tetapi komitmentnya terhadap wanita yang dicintainya...
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku hidup..
** lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dibacanya...